Annual Dinner 2009 "Arabian Night"

Dan hendaklah takut kepada Allah orang-orang yang seandainya meninggalkan di belakang mereka anak-anak yang lemah yang mereka khawatir terhadap (kesejahteraan) mereka. Oleh sebab itu hendaklah mereka bertaqwa kepada Allah dan hendaklah mereka mengucapkan perkataan yang benar (QS. Annisaa : 9)


Sambutan Hari Guru & Hari Lahir May 09

TBS memang terkenal dengan aktiviti dan program yang memberikan memori indah kepada setiap warganya.Bagi saya,Semasa Sambutan Hari Guru dan Sambutan Harijadi yang berlangsung pada 24 Mei 2009 yang lalu,banyak saat-saat yang menyeronokkan semasa mengendalikan program itu bersama rakan-rakan yang diketuai oleh Umi Rahimah.Diantaranya,semasa mengendalikan aturcara ‘pilih lagu bersama DJ’apabila anak kita yang bernama Kharazi yang kecil comey tu,memilih lagu Warisan dari Allahyarham Sudirman khas untuk Umi dan Abi...hehe..Kelakar n tak sangka anak kita tu bijak memilih lagu.Kawannya si anuar pula,telah menuju kan lagu ‘selamat berhari raya’ kepada umi dan abi..memang lari tajuk..dan akhir sekali,bila Zakir dengan semangat nya memilih lagu kegemaran untuk Umi dan Abi nya iaitu lagu ‘Pecinta wanita’...
Bila bermulanya Program pada tepat 12.45 tghari,Umi Hayatun sebagai Pengerusi majlis telah berjaya memikat hati anak-anak apabila beliau berjaya ‘conquer’ keadaan majlis dan aturcara seterusnya dapat berjalan dengan cukup meriah.Terutama sekali semasa persembahan anak-anak dari tahun 4 & tahun 5 serta adik Siti Aisyah dari tahun 3.Diteruskan lagi kemeriahan itu apabila saat pengumuman anugerah guru-guru ‘favourite’ yang telah dipilih oleh pelajar TBS sendiri.Antara anugerah yang dikurniakan pada hari itu ialah,Guru paling Pemalu -Umi Tun,Guru paling Comel – Umi Ema,Guru paling Bergaya – Umi Ina ,Guru paling cerewet – Abi Nasir ,Guru Paling Ceria – Umi Roznitah dan banyak lagi....Tahniah kepada yang berjaya memikat hati anak-anak mengikut kategori yang terpilih.Semoga anda yang berjaya,teruskan lagi semangat anda untuk menjadi contoh terbaik kepada anak-anak kita dan bagi yang tidak glamor tu,jangan putus asa kerana tahun depan kita adakan lagi program ini...hehe..

Smart Camp 'TBS' 2009

Photo Effects Pada 30&31 May 09,Pihak TBS menganjurkan smart camp bagi pelajar TBS yang berlangsung di Nur Lembah Pangsun,Selangor

aktiviti menceriakan tbs